Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak

Firman Allah SWT yang bermaksud : wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (surah Al-Baraqah :183)

Kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinkanNya dapat kita sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bulan Ramadan ini merupakan kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada kita semua bagi memberikan kita peluang dan ruang untuk menambahkan amalan serta meningkatkan mutu iman dan taqwa kita sebagai sebaik-baik bekal untuk mengadap Allah SWT nanti.

Ramadan juga adalah untuk kita melatih diri supaya tidak tunduk kepada hawa nafsu semata-mata. Banyak rahmat di janjikan Allah SWT di bulan yang mulia ini, setiap kebaikan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Semoga bulan ramadan ini dapat mendidik kita semua untuk menjadi insan yang bertaqwa, serta menambah keimanan kita kepada Allah SWT.

Salam Ramadan,
Dari warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River.

Kursus Pembangunan Jati Diri Di Royal Belom

Pejabat Daerah Dan Tanah telah menganjurkan kursus pembangunan jati diri di Royal Belom selama 4 hari. Tujuan kursus tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kepimpinan dan mutu kerja di dalam kerja berkumpulan yang akan di terapkan di dalam pejabat.


Peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 30 orang yang hanya disertai oleh kakitangan lelaki Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River. Aktiviti banyak di jalankan di atas bot yang di kenali sebagai "bot house". "Bot house" ini dapat menampung seramai 40 orang peserta dalam satu-satu masa dengan kelengkapan yang mencukupi dan selesa. Aktiviti yang di jalan adalah seperti team building, memancing, "tracking" ke kawasan air terjun dan ternakan ikan "sebarau" dan juga melawat kawasan perkampungan orang asli yang berada di sekitar tasik temenggur. Pada hari terakhir kursus, peserta dibawa melawat kawasan taman reflesia di mana terdapat bunga-bunga reflisia tumbuh dan julung kalinya untuk setiap 4 hingga ke 5 tahun baru bunga tersebut berkembang.



Pada hemat pengarang, kursus ini berjaya untuk membentuk kerja berpasukan dan bekerja sama dalam apa jua tugasan yang di berikan. Semoga kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang untuk daerah mahupun negeri Perak.