Rabu, 18 Disember 2013

Moh kite Konvoi

InsyaAllah dengan izin Allah, 28 & 29 Disember 2013 Kelab PETANDA Slim River bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River akan mengadakan aktiviti permotoran, bukan "rempitan" konvoi santai menakluk bumi Perak dari Slim River ke destinasi Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput. Perjalanan ke destinasi kira-kira 340++KM yang akan disertai oleh 30 orang kaki motor tanpa mengira usia motor, jenis motor, dan kelajuan motor.

Kepada ahli-ahli Kelab PETANDA yang telah membuat pembayaran, jangan lupa buat pemeriksaan ke atas kenderaan masing-masing sebelum berkonvoi. Tujuan utama aktiviti adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli-ahli kelab PETANDA Slim River dan menyemaikan kecintaan pada alam flora fauna.

apa yang berlaku di sana akan di update oleh admin, nantikan kemunculannya...., ;)

Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadan Al-Mubarak

Firman Allah SWT yang bermaksud : wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (surah Al-Baraqah :183)

Kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinkanNya dapat kita sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Bulan Ramadan ini merupakan kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada kita semua bagi memberikan kita peluang dan ruang untuk menambahkan amalan serta meningkatkan mutu iman dan taqwa kita sebagai sebaik-baik bekal untuk mengadap Allah SWT nanti.

Ramadan juga adalah untuk kita melatih diri supaya tidak tunduk kepada hawa nafsu semata-mata. Banyak rahmat di janjikan Allah SWT di bulan yang mulia ini, setiap kebaikan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Semoga bulan ramadan ini dapat mendidik kita semua untuk menjadi insan yang bertaqwa, serta menambah keimanan kita kepada Allah SWT.

Salam Ramadan,
Dari warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River.

Kursus Pembangunan Jati Diri Di Royal Belom

Pejabat Daerah Dan Tanah telah menganjurkan kursus pembangunan jati diri di Royal Belom selama 4 hari. Tujuan kursus tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kepimpinan dan mutu kerja di dalam kerja berkumpulan yang akan di terapkan di dalam pejabat.


Peserta yang menyertai kursus tersebut adalah seramai 30 orang yang hanya disertai oleh kakitangan lelaki Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River. Aktiviti banyak di jalankan di atas bot yang di kenali sebagai "bot house". "Bot house" ini dapat menampung seramai 40 orang peserta dalam satu-satu masa dengan kelengkapan yang mencukupi dan selesa. Aktiviti yang di jalan adalah seperti team building, memancing, "tracking" ke kawasan air terjun dan ternakan ikan "sebarau" dan juga melawat kawasan perkampungan orang asli yang berada di sekitar tasik temenggur. Pada hari terakhir kursus, peserta dibawa melawat kawasan taman reflesia di mana terdapat bunga-bunga reflisia tumbuh dan julung kalinya untuk setiap 4 hingga ke 5 tahun baru bunga tersebut berkembang.



Pada hemat pengarang, kursus ini berjaya untuk membentuk kerja berpasukan dan bekerja sama dalam apa jua tugasan yang di berikan. Semoga kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Slim River dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang untuk daerah mahupun negeri Perak.



Khamis, 11 April 2013

Ayuh Rakyat Malaysia, Tunaikan Kewajipan Pada Negara.

   Tanggal 05/05/2013 merupakan hari rakyat malaysia untuk memilih siapa bakal pemimpin baru mereka. Inilah masanya kita menunjukkan sokongan kita pada negara, khususnya warga negeri perak. Kuasa memilih di tangan kita. Hampir 25% pengundi baru menjadi tumpuan ketika ni. Di mana, pemuda-pemudi yang berada di atas pagar masih tertanya-tanya siapa yang bakal mereka pilih untuk memacu masa hadapan negara.

   25% pemilih baru adalah satu catatan terbesar ketika ini, ada yang mengatakan undian pemilih baru ini mampu menaikkan parti-parti yang bertanding. Manifesto yang di keluarkan oleh parti-parti bertanding merupakan satu daya tarikan, satu perancangan, satu idea, satu impian yang di cadang kepada rakyat Malaysia. Manifesto ini mampu mempengaruhi pemilih baru untuk memilih parti yang akan mereka pilih.Marilah tunaikan kewajipan anda. "Satu undi bukan menentukan kemenangan semata-mata, tetapi satu undi menentukan dosa dan pahala. Tersilap memilih pemimpin, rakyat menanggung akibatnya".

Hari Terakhir untuk mengisi jawatan kosong di SPAPerak


12/04/2013 hari terakhir bagi anak-anak negeri perak untuk memohon kekosongan dalam sektok awam negeri perak. Permohonon boleh melalui http://spaonline.perak.gov.my/spasuk/index.php AYUH sebelum terlambat, inilah masanya.

Rabu, 10 April 2013

Hari Keluarga Kelab PETANDA Slim River 2013

Kelab PETANDA Slim River akan mengadakan hari keluarga pada 13/04/2013. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan dan keluarga kakitangan secara keseluruhan nya. Inilah peluang untuk semua ahli-ahli untuk beramah mesra sesama ahli keluarga, yang muda bertegur sapa pada yang tua, yang tua dapat bersama-sama berkongsi pengalaman mengikut bidang tugas masing-masing. Mengikut pada senarai kehadiran, hampir 90 orang akan menyertai hari keluarga tersebut yang akan diadakan di Kalumpang Resort, Kalumpang. Hari keluarga ini juga, akan meraikan seorang kakitangan pejabat yang akan berpindah ke Pejabat Dan Tanah Hilir Perak pada 16/04/2013. Semoga Hari keluarga pada tahun ini akan memberi makna kepada semua ahli kelab.